Sabtu, 17 April 2010

Auto-Q ke Auta-Q?

Assalamualaikum........

Sekarang ni ramai kawan-kawan bertanyakan tentang sistem Auto-Q dalam penggunaan PTT. Disini saya ingin perjelaskan tentang sistem Auto-Q kerana ramai dikalangan rakan-rakan PTT terkena dengan harga yang dikenakan oleh sesetengah individu yang sengaja mengambil kesempatan keatas orang lain. Termasuklah saya sendiri pernah juga terkena. ha... ha.. ha...
Auto-Q yang dimadsudkan ialah cara yang lebih mudah untuk bercakap di dalam chanel semasa waktu puncak.... ataupun boleh dikatakan untuk membuat ona... he..he.. Model telepon yang boleh di buat Auto-Q biasanya ialah 6070,5080,7360,6110 dan seangkatan dengannya.
Auto-Q telah lama digunakan oleh otai-otai PTT untuk melantak-lantak dalam SI, Parlimen, Orange Gurl dan sebagai nyalah.. Sistem ini hanya memerlukan satu hanfree yang telah di modify untuk digunakan sebagai penghidup Auto-Q selain butang auto di hp. Bila kita on kan PTT, hanfree dipam sehingga gambar telep0on diskrin hp tiada dan terus menolak butang auto di hp tersebut. dengan itu paparan di skrin hanya menunjukkan biru sentiasa..
Hp lain digunakan untuk mendengar kerana hp Auto-Q berkenaan tidak boleh didegar kerana ianya sentiasa biru.... bila ianya masuk kita pun tak tahu kecuali kita meletakkan h/free langau yang berlainan bunyi untuk mengetahuinya. Sebab itulah otai-otai ini mengunakan lebih daripada satu hp untuk sistem ini..
Jika anda tidak menggunakan sistem ini , usahlah anda nak menguji kekuatan hp anda di chanel perang seperti tadi , buat sakit tangan je...

1 ulasan:

  1. beza saya rs...itu maksudnya biru2...klu auto q tiada kaitan dgn dgn biru2...

    BalasPadam