Isnin, 12 Oktober 2009

Isnin, 5 Oktober 2009

Majlis Perjumpaan Tahunan KEPC



Ustaz Rashidy...

Candid Camera


Jemay : Baling molek wehhh....
Abe Kamal : Ambo nok suruh netup kat atas,jange dok gobar


Abe Kamal : Perempuan joget mano pulok ni Pak Mudo
Pak Mudo : Haa ni lah hok dok royat sokmo tu...comel ko?
Jemay : Kalu staro ni ambo pun nok....


Yak Kelih Boktan.......dok bakar gapo pulok tuuuuu.....

Selasa, 29 September 2009

Suasana Hari Akad Nikah Abe S...........



Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin

Rabu, 9 September 2009

Nokia 6151


Memang susah untuk mendapatkan Nokia6151 ini di pasaran sekarang ini, kerana ianya tiada dalam dimana-mana kedai telepon di Malaysia. Kalau anda teringin mendapatkannya cubalah cari di mudah.my manalah tahu anda bernasib baik agaknya. secara kebetulannya saya pun dapat telepon ni pun kat sana juga.

Saya selalu ke Pulau Pinang bekerja di sana dan kebetulan juga ramai rakan-rakan PTT disana, diaorang punya handset memang gila gila semuanya kerana diorang memang otai dalam PTT ni. Saya bertanyakan kepada Doctor PTT disana hanphone apa yang paling kuat, dan dia memberitahu cubalah hang cari NOKIA6151 kalau ada. Saya pun teringat kat rakan PTT iaitu Mat Gombak kerana dia ada menyimpan telephone ni tapi tak guna katanya nak buat koleksi.

Puas saya memujuk Abg Mat untuk menjualnya kepada saya tapi tak dapat jugak. Kemungkinan Abg Mat kesihankan saya dan dia pun tolong saya cari kat mudah.my. Memang dah nasib badan katakan ada rakan PTT yang nak cuci tangan baru je nak jual nokia6151 nya kat sana. Abg Mat pun bagi contact number dihubungi, dan saya pun terus call dan dapat nokia6151 ni dengan harga RM250.

Memang puas hati menggunakan handphone ni kerana ianya laju dan tak perlu di modify lagi. kalau di modify tu tak tahulah saya macam lipas kudunglah agaknya. Nak modify pun sayang gila rasanya.

"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Isnin, 7 September 2009

Kuih Tradisional Tahi Itik



Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih tradisi yang sangat popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ianya adalah sejenis kuih yang dibuat daripada telur dan disira panas dengan air gula. Biasa nya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua-dua kuih tersebut menggunakan kuning telur sementara kuih tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Setelah diasingkan, putih telur itu akan disira dengan di masak di dalam air gula pekat dengan cara dituangkan sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik ini tidak di bentuk dalam bentuk tertentu kerana pada kebiasaannya ianya adalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Nama tahi itik mungkin berdasarkan rupanya menyerupai tahi itik dan mungkin juga kerana ianya dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain menyebabkan ia disamakan dengan sisa atau tahi.

Rabu, 2 September 2009

Cadangan Kemeja Korporat Kjang Emas


Ilustrasi ini hanyalah pendapat webmaster......

Isnin, 31 Ogos 2009

Satu Malaysia

Merealisasikan Gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Menyokong program -1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan. 1Malaysia. People First. Performance Now." “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadhan


"Embun suci di pagi hari,
Hati yang bersih kan lahir kembali,
Bulan ramadhan telah menanti,
Bersihkan diri menghadap Ilahi."

"Mohon maaf atas kesilapan yang ada,
Harap teman dapat ampunkan dosa,
Selamat menunaikan ibadah puasa,
Semoga ibadah kita diterima oleh yang Esa."

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KIJANG EMAS PTT CLUB DAN JUGA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA"

dari kami di KEPC

Sabtu, 15 Ogos 2009

Alfatihah....

Warga Kelab PTT Kjang Emas ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada Adik Wan dan semua ahli keluarganya di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahnda beliau pada Jumaat,14/08/2009. Kami semua mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman....Alfatihah.....

Rabu, 12 Ogos 2009

Aktiviti Ahli


Mat Gombak bersama rakan2 ketika Majlis Hari Keluarga Jabatan Ukur & Pemetaan WPKL/Putrajaya di Pantai Morib.

PTT Tester


Abe Kamal : Pak muda dok wat gapo pulok tu?
Pak Muda : Niiii......dok tgh tra pecet butang, wat la kat ambo so.


Pak Muda : Jelas molek handsfree ni....berapa rial abe kamal beli?
Abe Kamal : Tengok la pulok hok sapo tu.....tak mahal mano pak muda,tapi 6021 tak leh pakai handsfree ni....

Khamis, 6 Ogos 2009

Budu Dan Khasiatnya..



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


Khasiat:
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Oleh Sebab Itu Kementerian Kesihatan Mengesyorkan Pemakanan Tambahan Budu Untuk Kesihatan Anda.
"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kemeriahan di sekitar pejumpaan KEPC & KRP

Antara kolesi gambar-gambar ketika perjumpaan rakan-rakan di Pulau Melaka pada 26hb Julai 2009.


Siapa cepat dia dapat.. he..he.. terima yoo..


Rakan-rakan dari Setiu besama Pakngah, Makngah dan ehem...


Puteri Ayu KEPC .... kalau nak kenal tu ... ehem..Rogerlahover


Manisnya senyuman mu.... Hualoolah.. Epiey


Syah tengah testing line.. nak ucap salam kat PARLIMEN


Sedap nya bihun goreng ni Makngah yang masak ee..

Salam kasih dan sayang daripada Syah kepada Abang M Rozi (pengerusi KRP)
Lagi gambar pergi ke Galeri Gambar

Rabu, 29 Julai 2009

Perjumpaan Ahli Kijang Emas PTT Club Bersama KRP

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan KEPC dan juga KRP kerana telah mejayakan perjumpaan yang penuh kemesraan dan keceriaan. Tidak lupa juga kepada Pakngah dan Makngah yang telah banyak menjayakan pertemuan tersebut. Juga kepada Abang M Rozi kerana sudi mengundang rakan-rakan KEPC ke majlis tersebut.
Semoga perjumpaan seperti ini dapat diulangi semula dilain masa agar silatulrahim antara kita dapat diteruskan.

Khamis, 23 Julai 2009

Jika Nombor Anda Kena Klon / Sangkut

Kekadang bila kita join Open PTT Chanel, adalah jenis-jenis orang yang tidak bertanggungjawab atau pun tak mampu nak bayar RM15 sebulan. Mereka-mereka ni dia akan kutip nombor telepon dalam chanel tersebut, bukan nak buat apa-apa cuma nak cari nombor-nombor yang boleh di sangkut.
Bila dah kena sangkut tu habislah kita punya PTT service, bila kita buka PTT sekejab ia padam balik, dan begitulah seterusnya sampai anda pening dan menyumpah-nyumpah orang tu. Kalau kita hadapi masalah begini senang je nak selesaikan.

Cara nya macam ni ya:-
1) Buka new message dan taip NEW PASSWORD dalam huruf besar
2) Dan hantarkan kepada 22333
3) Ikut arahan mesej dan ianya akan diselesaikan dalam masa 15 minit sahaja.

Pastikan credit anda mencukupi untuk menghantar mesej tersebut, kalau tak cukup duit, anda boleh lah pinjam RM2 daripada maxis ya dengan cara begini:-

1) Dail *100#
2) Jawap 1 dail
3) Jawap 5 dail

Atau dengan shortcut *100*1*5# dail

"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Push2Talk Shortcut Setting

1)Untuk mengaktifkan Maxis Push-To-Talk:-
1.1) Dail *110*1# (untuk 1 hari RM1)
Dail *110*30# (untuk 30 hari RM15)
2)Untuk setting handphone:-
2.1) Dail *100*7*1*1*1# (untuk GPRS setting)
2.2) Dail *100*7*1*1*2# (untuk PTT setting)
3)Simpan semua setting yang diterima

"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Rabu, 22 Julai 2009

Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaca Khutbah Jumaat

BUKIT MERTAJAM: Jemaah Masjid Lebai Hashim, Bukit Minyak, dekat sini yang mulanya khusyuk mendengar khutbah Jumaat dibacakan Basiri Jamaduin, 79, tiba-tiba tersentak apabila khatib itu jatuh terduduk sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung, semalam. Sebelum itu, imam berkenaan baru memulakan khutbah kira-kira jam 1.30 tengah hari apabila beliau tiba-tiba jatuh terduduk sambil memegang tongkat tetapi sempat dipapah jemaah masjid yang menyedari kejadian itu. Jemaah masjid, Nazri Ahmad, 39, berkata dia berada depan mimbar ketika itu dan melihat Basiri menarik nafas panjang sebelum jatuh, manakala wajahnya bertukar pucat. Jemaah masjid segera menghubungi ambulans untuk menghantar Basiri ke hospital, namun beliau disahkan sudah meninggal dunia.“Hari ini adalah sejarah bagi jemaah masjid kerana menyaksikan sendiri proses pertukaran imam ketika khutbah dan ia sesuatu yang jarang berlaku. Hari ini kami belajar sesuatu,” katanya ketika ditemui, semalam. Kebetulan ketika kejadian, imam kedua, Salleh Othman, 61, berada berhampiran lalu mengambil alih tugas membaca khutbah mengenai aurat wanita, diikuti khutbah kedua hingga selesai dan seterusnya menunaikan solat Jumaat. Menurut Salleh, kali terakhir dia bersama Basiri pada minggu lalu tetapi arwah yang menjadi imam sejak 20 tahun lalu tidak meninggalkan sebarang pesan berhubung tugas membaca khutbah di masjid berkenaan. “Cuma arwah berkata dia mungkin sudah tidak lama di dunia ini dan itu mungkin petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya. Salleh berkata, jarak masa dia mengambil alih tugas membaca khutbah Jumaat selepas arwah jatuh sekitar lima minit dan tempoh itu tidak menjejaskan kefarduan solat Jumaat. Sementara itu, anak Basiri, Azman, 44, berkata bapanya memang menghidap penyakit jantung serta darah tinggi tetapi tidak duduk diam dan sering membuat kerja keagamaan selain kerja kampung. “Sebelum ini dia sudah beberapa kali jatuh di rumah akibat diserang penyakit jantung. Hari ini (semalam) dia dalam keadaan sihat sebelum ke masjid tapi mungkin sudah tiba ajalnya,” katanya yang reda dengan pemergian bapanya. Jenazah Basiri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Minyak.

Isnin, 20 Julai 2009

Sejarah PUSH2TALK (PTT)

Pada awalnya, tekan untuk cakap (Push2Talk) menggunakan telefon satelit yang diperkenalkan oleh Perusahaan Thuraya di Perancis, namun telepon satelit ini hanya digunakan oleh orang-orang tertentu saja disebabkan harganya yang mahal. Tekan untuk cakap (Push2Talk) diperkenalkan pada tahun 2002 sebagai pengembangan dari VOIP (Voice over Internet Protocol) yang boleh support 3G. Telefon yang pertama menggunakan aplikasi Push2Talk adalah Nokia, yang pelancarannya dilakukan di New York, Amerika Serikat dengan model handphone Push2Talk pertamanya iaitu Nokia 5140. Penggunaan Push2talk pada handphone GSM mulai aktif di Eropah pada awal tahun 2004, yang sebelumnya telah tersebar luas di pasaran Inggris dan Amerika Syarikat. Di Malaysia sendiri perkhidmatan Push2Talk bermula pada tahun 2005. Namun ianya masih dalam percubaan. Perkhimatan Push2Talk di Malaysia pada awalnya tidak begitu terkenal malah ada dikalangan masyarakat kita yang masih belum tahu apakah itu Push2Talk. Sehinggalah sekarang barulah ia mendapat sambutan. 

Push2Talk Handfree

Begitu cepat masa berlalu, dan teknologi dan daya pemikiran orang melayu telah berkembang dengan begitu pesat. Kewujudan idea dan bermacam-macam lagi cara untuk mempertingkatkan atau dengan kata lain memudahkan lagi cara kita menggunakan perkhidmatan Push2Talk. Kalau kita lihat atau membeli handfree di kedai hp, kita tidak akan terfikir ianya boleh dijadikan seperti gambar handfree di atas. Inilah daya pemikiran orang melayu yang saya maksudkan, memang luar biasa, Selain ianya berfungsi sebagai alat untuk mendengar ianya juga boleh menolak dan membuat pangilan (bercakap) push2talk. Support hp nokia 5070,6070,6151,7360 dan yang seangkatan dengannya. Bagi hp nokia 6020 & 6021 boleh lah pergi ke klinik hp terdekat untuk mengubah suai hp anda supaya handfree seperti ini boleh digunakan sepenuhnya.

"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Khamis, 2 Julai 2009

Pembatalan Service 3G

Bagi pengguna baru untuk service PTT biasanya simkad baru adalah 3G. Penggunaan 3G adalah untuk jenis handphone 3G sahaja. Dalam PTT ni penggunaan telepon cap ayam (telepon lama) adalah digalakkan (cth> nokia 6020/6021). Service 2G adalah terbaik untuk telephon jenis ini. Untuk pembatalan Service 3G anda perlu Dail *136*4# , buang semua setting (GPRS & PTT) yang ada dalam handphone anda dan minta lah setting baru selepas anda menerima mesej pembatalan tersebut. Jika anda ingin kembali ke perkhidmatan 3G, cuma dail*136# .

"BERSATU MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Isnin, 29 Jun 2009

Antara Sebab-sebab Kenapa Hati Tidak Bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan kebahagiaan di dalam hati ialah :
1. *Pemarah*
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. *Pendendam*
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. *Hasad dengki*
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. *Bakhil*
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. *Tamak*
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. *Tidak sabar*
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakan lah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. *Ego*
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. *Riak*
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. *Cinta dunia*
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Jumaat, 19 Jun 2009

Artikel : Influenza A ( H1N1)

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencegah dan menghindari dari wabak yang sangat merbahaya ini.....Mencegah lebih baik dari mengubati walaupun telah diketahui bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

Khamis, 18 Jun 2009

Aktiviti: Majlis Kesyukuran

Majlis kesyukuran dan jamuan makan sempena majlis cukur jambul cucu pertama Datuk Borhan. Kelihatan dalam gambar ialah Cikgu Mat, Matt JKR, Abe Jani serta Abe Joe.

Isnin, 15 Jun 2009

Asas Penentuan Ramadhan & Syawal

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga sera sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.
Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
Para ulama' telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:
(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)
Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.

Ahad, 14 Jun 2009

Kenanpa Harus Bersedekah Di Masa Kesempitan


Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong? Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. Biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid,sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit,dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau andatidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

"BERSATU MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Rabu, 10 Jun 2009

PTT phone

"Sebut kato mene ni adik kakok, Ambo turut smace pah sbabok-sbabok, Dulu tanding belale tanding burung ngobok, Loni PTT pulok o..ooo... ambo pun turut jugok"
(lagu aye seramo)
Kalau kita teliti dari lagu aye seramo ini dapat kita ketahui bagaimana masyarakat kita hari ini, ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk sesuatu yang digemarinya. Dalam PTT ni juga ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk kepuasan diri. Tak kira macam mana cara pun janji hati puas. Tapi yang pasti nya "kalau sehari tak dapat berojer mulut boleh jadi busuk" kata Abe Joe.

Pelbagai jenis handpone digunakan untuk tujuan PTT, ada yang telah di up gred dengan menurunkan vision handphone, menambah butang auto, antena dan macam-macam lagi, tujuan nya adalah untuk menambah kekuatan telepone. Tapi ramai penggemar-pengemar PTT telah mengatakan hanya handpone NOKIA 6020/6021 adalah yang terbaik, terpower dan termurah untuk digunakan dalam PTT.
Tak pasal-pasal handpone secondhand ini yang dulu nya dijual dengan harga RM80 kini meningkat sehingga RM150/180 sebiji di mana-mana kedai telepone di seluruh Malaysia. Tapi tak apalah kerana handphone ini masih lagi termurah yang mampu dimiliki oleh sesiapa pun.

Walau apa pun handpone yang digunakan janji boleh berojer-rojer jadilah, orang cakap kita boleh dengar dan kita cakap orang boleh dengar kira okeylah tu, bila kita tekan butang boleh masuk jadilah tu, kalau tak boleh masuk juga kita diam je lah nak buat macam mana.

Tapi walau macamana pun handpone yang saya gunakan sekarang NOKIA 7360 (gambar di atas) adalah yang terbaik buat saya sekarang ini.

"BERSATU MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Tahniah kepada Abg Borhan




Kami mengucapkan TAHNIAH kepada 09D Abang Borhan kerana telah menimang cucu yang pertama pada hari sabtu lepas (6/6/2009) . Semoga  dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
"SELAMAT MENIMANG CUCU DARI KAMI KEPC"

Selasa, 2 Jun 2009

Kedaulatan Batuan Tengah Milik Malaysia


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan terhadap tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.ICJ telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih milik Singapura manakala kedua-dua bongkah batu di Batuan Tengah (Middle Rocks) yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika atau 1.1 km di selatan Pulau Batu Putih diberikan kepada Malaysia dan terpisah antara jarak 500 - 600 meter di Selat Singapura.Sementara bagi Tubir Selatan (South Ledge) pula menjadi milik negara diperairan mana pulau itu terletak.

Isnin, 25 Mei 2009

Maklumat Peribadi

Kepada ahli yang belum memberi maklumat peribadi yang lengkap,diharap dapat memberi maklumat tersebut kepada abg kamal atau abg sani untuk tujuan kemaskini.Sekian terima kasih.

Khamis, 21 Mei 2009

Makluman

Satu perjumpaan untuk kesemua ahli akan diadakan pada awal bulan JUN semasa cuti sekolah.Tarikh dan tempat akan ditentukan kemudian,Sekian terima kasih.

Sabtu, 16 Mei 2009

Mula menerima Gambar2 ahli



Webmaster mula menerima gambar2 ahli....untuk keterangan lanjut sila lawat ke laman Senarai Ahli


Maklumat Lengkap Ahli














PERINGATAN

Bagi memastikan keselamatan Channel K'jang Emas , adalah diingatkan kepada semua ahli yang berhajat untuk menjual hp kepada bukan ahli mestilah memadam channel K'jang Emas dari hp tersebut. Kerjasama daripada ahli amat2lah diharapkan.

PENGUMUMAN

Assalamualaikum untuk semua anak beranak k'jang emas, dimaklumkan bahawa pihak webmaster memerlukan foto ahli serta biodata yang diperlukan seperti nama,umur,tempat kerja/pekerjaan,nickname dalam group dan lokasi. Harapan tinggi menggunung agar semua ahli dapat memberi kerjasama dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan matlamat dan tujuan kelab ini ditubuhkan untuk melahirkan insan yang berkualiti dan berintegriti.Semua foto boleh lah email ke teammache@ymail.com ataupun mms ke Abg. Kamal & Abg. Sani.

Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PTT K'JANG EMAS

Assalamualaikum...Terlebih dahulu kami dari warga AJK KPKE mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung dan semua ahli KPKE kerana sudi melawat ke Blog Kijangemaspttclub. Untuk pengetahuan anda, blog ini masih lagi dalam pembikinan. Sebarang idea dan komen boleh di hantar melalui email ke teammache@ymail.com Sekian terima kasih...