Isnin, 7 September 2009

Kuih Tradisional Tahi Itik



Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih tradisi yang sangat popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ianya adalah sejenis kuih yang dibuat daripada telur dan disira panas dengan air gula. Biasa nya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua-dua kuih tersebut menggunakan kuning telur sementara kuih tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Setelah diasingkan, putih telur itu akan disira dengan di masak di dalam air gula pekat dengan cara dituangkan sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik ini tidak di bentuk dalam bentuk tertentu kerana pada kebiasaannya ianya adalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Nama tahi itik mungkin berdasarkan rupanya menyerupai tahi itik dan mungkin juga kerana ianya dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain menyebabkan ia disamakan dengan sisa atau tahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan