Jumaat, 1 April 2011

Cerita Tiga Budak PTT

Assalamualaikum...hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai kisah tiga orang budak PTT dengan Pak Imam....hehehe

Arakian tersebutlah alkisah di sebuah kampung yang tak tahu di mana letaknya di dalam peta Malaysia. Bermula dengan tiga orang remaja yang suka bermain PTT sedang berbual-bual di sebuah warung. Mereka ialah Peon, Zorrow dan Sifu (bukan nama sebenar). Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan Tok Imam tak senang duduk. Tiap-tiap hari tak kira waktu solat ke, azan ke... asyik bercakap dengan telepon PTT je. Entah chanel apa yang dia orang dok suka sangat bersembang tu.. rakan R2 katanyo haha..

Pada satu hari Tok Imam tu datang dengan niat nak tarbiyah diorang ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar antara mereka. Tok Imam tu mencabar si tiga orang tu ke surau waktu Maghrib nanti. "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" kata Peon kepada Tok Imam.

Maka setelah hampir masuk waktu Maghrib pegilah Push2Talkman tiga orang tu ke surau.
Tok Imam pun menyuruh Peon azan. Tanpa melengahkan masa, terus je Peon azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Peon dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Peon.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok Imam pun satu hal pula, angkat sekali tak khusyuk, angkat kali kedua pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk je kali ketiga, Zorro panggil Tok Imam. "Tok.. Tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Zorro pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Zorro ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Zorro. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak Sifu jadi imam. Lalu Sifu pun terus ke depan jadi imam solat tersebut, bermula dari takbirratul ihram sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek Tok Imam kat si Sifu niii...

Lepas solat, Tok Imam pun puji-memuji leee si "Sifu" ni... Tapi dengan selamba si Sifu" berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu Tok, Kalau tidak, lagi dahsyat aku sembahyang ni. He heee..."mengucap panjang Tok Imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekian...:)

Jadi jangan lah kita lupakan solat... waktu azan tu tutup la PTT tu.. huhu buleh ke tak apo yo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan