Tekan untuk cakap (PTT) adalah teknologi yang ada di dalam telefon mudah alih beroperasi seperti walkie talkie dan berada didalam jaringan. Komunikasi yang berhubung dua arah, terjadi pada waktu yang sepatutnya, bersifat one-to-one (satu ke satu) atau one-to many (satu ke ramai) komunikasi. Komunikasinya bersifat half-duplex, seperti walkie talkie, seorang pengguna tidak dapat bercakap dan mendengar (menghantar atau menerima informasi) percakapan, apabila pihak kedua sedang mengirim informasi atau bercakap. Perkara ini bererti kedua belah pihak tidak dapat bercakap di waktu yang sama (yang satu bercakap dan yang lainnya mendengar). Maka oleh itu, PTT juga disebut radio dua hala kerana beroperasi seperti radio walkie-talkie. Ciri-ciri ini tidak seperti sistem full-duplex yang ada di dalam komunikasi selular GSM, dimana kedua-dua pengguna atau ramai pengguna dapat bercakap secara selesa.
Telefon mudah alih pada masa kini telah banyak memberikan tekonologi yang baru, satu diantaranya adalah teknologi tekan untuk cakap. Namun di Malaysia, teknologi ini belum dapat diadaptasi secara meluas.
Signal suara percakapan pengguna dikirimkan sebagai paket data melalui jaringan GPRS (IP). Sehingga IP digunakan sebagai pengangkut data atau alat yang mengangkut komunikasi ini. Kerana kini sudah ada ciri-ciri 3G dan 3,5G, maka penghantar data dapat dilakukan lebih cepat dan efisyen. Alat yang digunakan dalam ciri-ciri ini adalah sebuah butang kekunci yang dapat mengubah telefon mudah alih sebagai pesawat penerima menjadi pesawat pengirim signal dan berlaku sebaliknya.
Bagaimana PTT beroprasi
Bagaimana PTT beroprasi
Cara teknologi ini beroperasi, telco yang digunakan haruslah menyediakan aturan telefon (phone setting), iaitu pengguna dapat mempunyai lawan cakap lebih dari seorang. Cara penggunaan sistem ini iaitu ahli (user) yang bercakap perlu menekan butang kekunci PTT sewaktu ia hendak menghantar informasi kepada kumpulan (group) atau pasangan cakapnya dan melepaskan butang kekunci PTT tersebut apabila sudah selesai bercakap. Semasa butang kekunci PTTl tidak ditekan, telefon tersebut berfungsi sebagai pesawat penerima infomasi dari group conference dimana ia bergabung. Pada asalnya, PTT bekerja seperti walkie-talkie, dimana mesin yang digunakan adalah telefon mudah alih yang menggunakan jaringan mudah alih (sehingga ruang tertutup lebih luas).
Di Asia dan Eropah, PTT beroperasi pada frekuensi 900, 1800 dan 1900 dan sokongan GSM, GPRS (General packet Radio Server) dan EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution). Sedangkan di AS, PTT beroperasi pada frekuensi 850, 1800, and 1900. Untuk pengaktifan ciri ini, caranya setiap jenama telefon mudah alih hampir sama, pengguna akan diminta untuk mendaftar dan melanggan sendiri ke telco yang digunakan dan juga pada telefon yang digunakan. Walaupun banyak sekali ciri yang ditawarkan oleh PTT, namun sifatnya hanya sekunder kerana pada dasarnya cara operasinya tetap sama, iaitu seperti walkie-talkie.
Syarat utama dari pengguna PTT antara lain telefon yang digunakan perlulah mampu menyokong GPRS. GPRS adalah pembawa data yang hendak dikirimkan. Telefon yang mampu menyokong GPRS adalah telefon berpengkalan minimum iaitu 2G. Namun kini, teknologi 3G dan 3.5G biasanya dapat mengantarkan data dengan lebih cepat dan lebih baik apabila pengguna telefon PTT sudah memiliki hantaran 3G, baik dari segi telefon dan telconya. Selain itu, telefon yang dapat mempunyai PTT sudah bersepadu dengan sistem komputer, dimana sistem ini berfungsi sebagai operator penghubung telefon melalui internet yang selesa. Sebuah model komputer dikenali sebagai penghantar (dispatcher), yang digunakan untuk mengkoordinasikan dan menerima data yang berat.
Di Malaysia penggunaan PTT masih lagi baru dan boleh dikatakan belum meluas. Salah satu faktor adalah kerana khidmat PTT di negara ini terhad hanya disediakan oleh Maxis sahaja dan ciri ini hanya terdapat pada beberapa telefon mudah alih seperti Nokia, Motorola, Sony Ericsson & Blackberry. Untuk melihat senarai-senarai telefon mudah alih yang menyediakan ciri-ciri PTT anda bolehlah melawat di laman web rasmi pengeluar telefon tersebut.