Isnin, 29 Jun 2009

Antara Sebab-sebab Kenapa Hati Tidak Bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan kebahagiaan di dalam hati ialah :
1. *Pemarah*
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. *Pendendam*
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. *Hasad dengki*
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. *Bakhil*
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. *Tamak*
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. *Tidak sabar*
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakan lah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. *Ego*
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. *Riak*
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. *Cinta dunia*
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Jumaat, 19 Jun 2009

Artikel : Influenza A ( H1N1)

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencegah dan menghindari dari wabak yang sangat merbahaya ini.....Mencegah lebih baik dari mengubati walaupun telah diketahui bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

Khamis, 18 Jun 2009

Aktiviti: Majlis Kesyukuran

Majlis kesyukuran dan jamuan makan sempena majlis cukur jambul cucu pertama Datuk Borhan. Kelihatan dalam gambar ialah Cikgu Mat, Matt JKR, Abe Jani serta Abe Joe.

Isnin, 15 Jun 2009

Asas Penentuan Ramadhan & Syawal

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga sera sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.
Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
Para ulama' telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:
(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)
Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.

Ahad, 14 Jun 2009

Kenanpa Harus Bersedekah Di Masa Kesempitan


Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong? Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. Biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid,sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit,dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau andatidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

"BERSATU MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Rabu, 10 Jun 2009

PTT phone

"Sebut kato mene ni adik kakok, Ambo turut smace pah sbabok-sbabok, Dulu tanding belale tanding burung ngobok, Loni PTT pulok o..ooo... ambo pun turut jugok"
(lagu aye seramo)
Kalau kita teliti dari lagu aye seramo ini dapat kita ketahui bagaimana masyarakat kita hari ini, ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk sesuatu yang digemarinya. Dalam PTT ni juga ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk kepuasan diri. Tak kira macam mana cara pun janji hati puas. Tapi yang pasti nya "kalau sehari tak dapat berojer mulut boleh jadi busuk" kata Abe Joe.

Pelbagai jenis handpone digunakan untuk tujuan PTT, ada yang telah di up gred dengan menurunkan vision handphone, menambah butang auto, antena dan macam-macam lagi, tujuan nya adalah untuk menambah kekuatan telepone. Tapi ramai penggemar-pengemar PTT telah mengatakan hanya handpone NOKIA 6020/6021 adalah yang terbaik, terpower dan termurah untuk digunakan dalam PTT.
Tak pasal-pasal handpone secondhand ini yang dulu nya dijual dengan harga RM80 kini meningkat sehingga RM150/180 sebiji di mana-mana kedai telepone di seluruh Malaysia. Tapi tak apalah kerana handphone ini masih lagi termurah yang mampu dimiliki oleh sesiapa pun.

Walau apa pun handpone yang digunakan janji boleh berojer-rojer jadilah, orang cakap kita boleh dengar dan kita cakap orang boleh dengar kira okeylah tu, bila kita tekan butang boleh masuk jadilah tu, kalau tak boleh masuk juga kita diam je lah nak buat macam mana.

Tapi walau macamana pun handpone yang saya gunakan sekarang NOKIA 7360 (gambar di atas) adalah yang terbaik buat saya sekarang ini.

"BERSATU MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Tahniah kepada Abg Borhan




Kami mengucapkan TAHNIAH kepada 09D Abang Borhan kerana telah menimang cucu yang pertama pada hari sabtu lepas (6/6/2009) . Semoga  dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
"SELAMAT MENIMANG CUCU DARI KAMI KEPC"

Selasa, 2 Jun 2009

Kedaulatan Batuan Tengah Milik Malaysia


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan terhadap tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.ICJ telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih milik Singapura manakala kedua-dua bongkah batu di Batuan Tengah (Middle Rocks) yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika atau 1.1 km di selatan Pulau Batu Putih diberikan kepada Malaysia dan terpisah antara jarak 500 - 600 meter di Selat Singapura.Sementara bagi Tubir Selatan (South Ledge) pula menjadi milik negara diperairan mana pulau itu terletak.