Rabu, 24 Oktober 2012

اسلامعليكم

Semenjak aku tinggal di Taman Kota Sri Aman ni dah acap kali Duit aku kena curi. Tak tahulah siapa punya angkara.. Paling tidak seminggu sekali RM100. Selalu sangat bergaduh dengan isteri pasal kehilangan duit ni.

Isteri aku ada bagitahu, kalau duit selalu hilang macam ni mesti kerja toyol katanya.. Tapi aku tak percaya benda-benda karut macam ni. Zaman dah berubah mana ada toyol... Kurafat namanya.

Percaya ke tak percaya sampai sekarang ini duit aku dah dekat RM2000 hilang.. Sekali hilang RM100. Dah tak sedap hati rasanya mula nak siasat tentang toyol ni. Teringat seorang kawan yang memang pakar dalam perubatan teadisional ni. Dia bagitahu yang ini memenglah kerja toyol tapi tak boleh nak buat hari ini kerana datang bulan.. Alamak.

Terus capai iphone ni dan siasat sendiri cerita mengenai toyol ni.. Terjumpa lah artikel ni yang cerita nya lebih kurang sama yang aku alami untuk di kongsikan bersama.

Inilah serba sedikit maklumat yang aku dapat mengenai toyol.Selalunya orang membela toyol bertujuan untuk nak cepat kaya kerana toyol ini terkenal dengan 'kecekapannya' mencuri wang atau barang kemas dari rumah orang lain (ya la, takkan rumah tuan dia sendiri kan...) dan membawa balik hasil curiannya kepada pemiliknya.


Kita boleh mengetahui ciri-ciri pemilik toyol dengan memerhatikan keadaan atau perilakunya. Perilaku sesekor seseorang pemilik toyol adalah seperti berikut:


1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.


2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.

3. Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.


4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.



Dilarang meniru aksi ini. Di petik dari filem Toyol.
5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.

Mengenai toyol pula, ia bertubuh kecil dan bersifat seperti seorang bayi yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya.



Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.

Seorang penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kawasan perkuburan yang dianggap keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan. Tidaklah menjadi satu kehairanan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan.

Toyol sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya. Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir.

Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol ialah:

1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
4. Bersikap cinta kepada harta benda.
5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama.
7. Suasana rumah harus redup.
8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.




Setelah syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara RM100 – RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 – RM2000 sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 – RM5000.

Walaupun setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika seseorang itu membeli toyol dari luar negara ( wah ni jenis import punya!!...).


Namun di Malaysia, toyol sudah mengenali nilai mata wang Ringgit (pandai juga si toyol ni bab duit). Cuma ianya dilatih untuk mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja.

Memelihara toyol adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang biasa sahaja. Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus.

Menjaga toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau kemenyan dan lembab. Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya.

Penjagaan yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. Akhirnya, tujuan untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai maruahnya kepada sang toyol yang menggatal.

Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol yang bearsal dari bangsa jin kafir adalah satu perbuatan syirik dan sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.


Wallahu'alam...




Dipetik dari sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan